Sunday, September 21, 2014

#32 Maaf!

Maaf,
aku belajar menjadi sabar atas ketidaksabaran orang lain.
aku belajar menjadi diam atas kebisingan orang lain.
aku belajar menjadi aku atas kehilangan identiti orang lain.

Bukan tak mahu bagi peluang,
tapi peluang selalu disia-siakan

Bukan tak mahu berbincang
tapi perbincangan selalu mencari siapa yang menang

Lalu aku menjadi aku.
Diam seperti aku yang sekarang.
Lebih baik daripada dahulu.

Wednesday, September 17, 2014

#Lagu

Bersabarlah sayang aku akan pulang
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Bersabarlah sayang aku akan pulang


Thursday, September 11, 2014

#31 Bergetar!

Phewww.. rasa bergetar jiwa raga saat dapat tau masuk kategori individu accuracy masa ABG nnt..why  me capt..?? Adeh atlit lain lagi hebat capt..sampai hati capt Nasa buat cenggini kat aku :(
Bila dah kena acara individu nak taknak kena struggle lebih la. Aku dan kak yatie galas cabaran individu ni untuk wanita.. yang lelaki pulak abg nafi dan abg nazri (diorang ni kembar).


List yang kak suzy post dalam group whatsapp ABG menguatkan lagi getaran di dada gua..haha..cis sangat la perasaan ni. aku kena lagi serius dalam latihan. semedang blur je ni. preparation..? hurmm..aku takut last minute nnt ada je masalahnya..

aku memang pernah bercita-cita nak jadi atlit negara tak kisah la dalam sukan apa pun. Bila terpilih dalam ABG 2014 ni..dalam acara paragliding pulak, maunya tak terlompat. Serius aku rasa aku memang tak layak. Aku cuma seorang yang taat dan mengikut arahan mungkin sebab tu aku terpilih. Rezeki yang tak disangka.

Aku sekarang dalam proses mencari sesapa yang sudi sponsor stokin dan helmet baru hehe..sebabnya helmet yang aku selalu pakai tu memang longgar.
ni venue pertandingan masa di Phuket nanti. memang takda bukit, kami akan guna kaedah towing. inshaAllah..inshaAllah. perlu tingkatkan latihan, stamina dan fokus. sebab tu aku taknak ada gangguan emosi dalam beberapa bulan ni. minta tolong ye...
 
ok ini jadual pertandingan. kena study betul-betul ni. dan kalau terror sikit boleh kaji keadaan angin masa tarikh ni.. doa la cuaca mengizinkan huhu..
 
 
err..aku blah dulu lah..tak boleh cakap lelebih. nanti menambahkan dosa orang lain mengutuk aku pulak hehe...tau..ramai yang tak percaya aku wakil Malaysia dalam sukan ni. bukan aku ngeboh pun..bgtau sorang je then dia yang pas-pas kat orang lain. terus dikutuknya den hehe..terima kasih :)

Monday, September 8, 2014

#30 Bebaskan

Ponah raso tak tonang?  selalu kalau tak tonang tu sobab apo?

Den sekarang ni tak tonang lobih kepado sobab 'jauh' dari Dio. Makin ingat, makin raso jauh. Banyak boto khilaf den ni.

Dulu den selalu gak melawan. Tapi bilo umo dah gadang cemnia, better pondam yo kot. Lagi aman. Dan biarkan mereko sesuko hati menjatuhkan. Den tak rugi apo pun raso eh. Setakat sekarang ni, den memang bahagio. Tak jadi kudih apo pun dengan kelaku diorang ni.

Kalau sebolom ni den suko bori peluang, sekarang biarlah den tutup pintu hati. Sobab den raso takdo perbezaan pun ado mo takdo. Macam melukut di topi gantang kato eh.

Keadaan makin togang. Situasi makin tak tonang. Den agak kecundang. Boleh angkek kaki dah raso eh ni..

Sunday, August 24, 2014

#29 Peluang

Dua hari dah tak membebel kan. Ke lama dah? Haha... Khamis jumaat busy kat Pusat Latihan Kg Gajah, Perak. Seminar dr pg sampai malam. Sabtu dah ke Shah Alam.. Ada kursus sampai la isnin.

Sengaja buat sibuk. Kurangkan online fb, kurangkan online twitter, kurangkan scroll instagram..sebab sesungguhnya aku sedar tahap ketahanan aku macamana. Aku takkan tahan sebak menyaksikan berita-berita ke'pulang'an mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MH17. Sesungguhnya aku sebak bila tengok waris mangsa. Aku tak boleh tahan air mata. Dengar orang baca AFatihah pun aku dah meleleh-leleh. Aku yg tak ada apa kaitan dengan mangsa pun boleh sebak macamni, macamana pulak dengan waris kan... :(

Dari peristiwa ni, aku terfikir betapa sepatutnya kita menghargai apa yang ada di sekeliling sebelum kita kehilangannya. Kadang kita membiarkan sahaja peluang-peluang yang patut kita rebut berlalu begitu sahaja. Betapa bodohnya kita kerana berasa ego dan berharap orang lain akan patuh ikut dengar dan buat apa sahaja yang kita mahu. Dan bila kita kehilangannya, baru lah kita menyesal..


Tuesday, August 19, 2014

#28 Tersodak

Tersodak den nengok eh
Tersodak den..
Makin tak paham den dengan situasi barai macamni.
Apo kehondak dio sebona eh.
Adehai.

Bukan merungut do..ni lobih kepado buek salah tak buek laie kono sorgah.
Kok orang dah tak suko, baik kito bolah yo tak.
Tapi bilo fikir "kalau kau raso nak keluar pikir balik kenapo kau masuk"..
Dah jadi macam tak semonggah lak perangai den kan.
Sabar tu kan segalo-galo eh.

Orang nampak den bongih selopeh den lamo menyabar.
Kekadang sabar den 200% tapi dek kerano terlalu memondam, maghah tu terlotuih gak.
Takdo sapo tau sabar den yang 200% tu sobab den pondam. Lobih kurang pun lotak kek sinia yo peluahan eh.

Raso teraniayo pun ado. Doa orang teraniayo tu makbul....kan...?? Sobab tu rasa takut nak berdoa. Risau kot den terdoa yang tak elok untuk orang lain..Kalau dapek, mohon Allah bukakan pintu hati sesapo yang terlibat ni yo untuk soda bahawo kito semuo ni manusio biaso.

Keadaan den ni tak memungkinkan den ado maso untuk orang lain. tapi den totap dituduh macamtu oleh seseorang. den tak paham..den memang tak paham kenapo den difitnah sebegitu rupo..lagilah den sodih...

Monday, August 18, 2014

#27 Hasrat

den ghaso dah tak lamo dah la nyawo den ni haa. banyak bona kejadian tragis melando kebelakangan ni haha..

semalam nak eksiden laie. apo bondo la diorang ni. ado signal tak nak guno. nasib baik den cokap ngelak. kot tak, arwah lagi duit den nak repair pintu alza pulak. ponek den ngumpo duit nak dapek an alza tu.. kot insiden laie, mau nyo tak jadi macam kiki..

actually den dah persiapkan sejumlah uwang untuk tujuan menajo seseorang untuk belajar paragliding. supayo kalau den dah tuo esok ado yang mewarisi payung firebird den tu. sayang nak jual kt orang.

hajat eh bosa nak belajar terobang macam den kan. raso eh tak salah mano kalau den bantu dio sikit2. alaahh..den pun belajar bukannyo kono bayar apo2. datang buek muko tembok yo. lopeh tu fly la kot ado yg sudi nak guide kan.

aritu den janji bawak dio tandem kalau dio dapek dekan. tp mano sampai hati nak biar dio tunggu lamo. buek eh den kiok dulu sebolom dio dapek dekan tu kan ko dah terkilan. mati colik mato den kang. sudah eh den bawak la dulu aritu walau pun bongih2 den mo dio. dapek gak dio meraso duo kali tandem.

ni skrg den raso macam "lantak la kau" pun ado. payah nak mikir an. den paling pantang orang nuduh den macam-macam. kalau bondo den buek tu takpo la nak nuduh-nuduh. ni tak tontu ujung pangka nak gak fitnah nuduh den memacam. baik den abaikan orang macam ni. bangso tak soda diuntung. tak cukup nyakitkan ati den, dah maafkan pun buek laie. sekarang ni, memang den tak maafkan sampai bebilo. sobab tuduhan yang sangat tak tercapai kek akal den nan satu ni. kiro adil la den pun dah maki dio sobab goma menuduh kan. tapi maki tak samo ngan fitnah weii haha.. lantak la kau ..!

jadi eh hasrat asal den tu den bungkuih yo la. baik den nyimpan duit bawak anak buah den jejalan kan. lagipun dio tu sapo, tetibo nak wujud dalam idup den. dah la emosi. den laie lamo kawan ngn A, B, C, D segalo tu tetibo dio baru muncul, then dio nak angin2 lak pasal A,B,C,D tu. tak soda diri. bilo den buek perkaro samo, pandai lak dio kuang ajar mo den. ni la jonih bangso tak soda diuntung. dio raso dio bagus padahal sebona eh mental eh problem.

den raso lagi tonang jiwo den maso samo A, B, C , D segalo dulu tu. takdo isu pun den nak pi mano dengan sapo sobab diorang tau den macamano. Ini tidak..baru setahun duo kona den dah bajet-bajet kekonon den tak buleh nak kawan mo sesapo. lopeh tu bebajet nak suh den faham keluargo dio sorang. orang gilo. lantak kau la haih. sekarang tonang jiwo den. takdo ekau.

den ponah tanyo "macamana la kau boleh wujud dalam hidup aku ni.."
dan dio baleh "aku lagi pelik macamana orang macam kau boleh lahir kat dunia ni.."
whoaa lawan kerja Tuhan beb..haha. tepuk tangan ..

aku..takkan maafkan kau sampai bila-bila yang aku rasakan perlu.