Sunday, September 22, 2013

#13 bangkit

dulu pernah jatuh
takkan selamanya terduduk mengaduh

dulu pernah dicaci
takkan selamanya membiarkan diri dibulu

dulu pernah dihina
takkan selamanya terkena

dulu tak biasa
takkan selamanya taknak mencuba

..

Friday, September 20, 2013

#12 positif

tak banyak nak cakap.
tak ada apa nak cakap.
tengok je lah gambar tu.
harap faham.
sekian.

Wednesday, September 18, 2013

#11 okay :D

tak mengapalah kalau tak ada masa..
tak mengapalah kalau tak pernah rasa selesa..
tak mengapalah kalau tak sudi mendengar cerita..

terkilan sebab orang lain punya masa untuk kita..
terkilan sebab orang lain sudi luang masa walau bukans esiapa..
terkilan sebab ...

kalau katanya cari lah orang lain untuk bercerita, maka saya OKAY :D
kalau katanya dia tiada ruang maka saya OKAY :D
kalau katanya seperti malam tadi, maka saya OKAY :D

pendamkan sahaja itu lebih baik.
jangan susahkan orang dah.
jangan ganggu-ganggu orang dah.
jangan harap orang lain nak luang masa untuk kita macam mana kita selalu buat untuk orang lain.

mungkin dia terlupa,
kalau kita permudahkan orang lain,
maka satu hari nanti orang lain pun akan permudahkan urusan kita.
Dia lupa yg tu.
Dia pentingkan satu perkara sahaja.

dan kita OKAY :D

#10 Bila?

Dah lama nak bercerita,
bila kita datang nak bercerita dia tak sudi nak jumpa.
Pendamkan sahaja.

Nak cerita,
bimbang mengganggu masanya.
Ya. Lepas selesai urusannya bolehlah mencarinya. Katanya.

Tapi kita ni, kadang awal lenanya.
Tunggu pun tak tentu tahan mata.

Mungkin ada hikmahnya
Perkongsian asyik tergendala.

Pendamkan saja. Itu kan lebih baik.

Sampai masa, lupakan sahaja.

Monday, September 16, 2013

#9 Kabur

Sesekali teringin nak memahami
tapi tiap kali itulah makin tidak difahami

sesekali terasa ingin memperbetulkan
tapi tiap kali itulah tidak diberi peluang

sesekali ingin melontar bicara
tapi setiap kali itulah bicara tidak terlaksana

ingin melihat perkara berbeza
namun tidak diterima caranya

ingin menyumbang apa yang ada
namun tidak diperakui niatnya

ingin mencuba aksi yang sama di sana
namun masih dikatakan membandingkan sesama...


patuh selagi mampu..