Sunday, April 13, 2014

#22 Eh?

Isnin, 14hb April setelah semalam.

Hati kering memang macamni. Buat apa yang kita nak buat selagi tak susahkan sesiapa kan.. so berjaya lagi fly kali ni. Dengan set sendiri. Tak payah pinjam dah. Bahagia..? Sangat :D

Aku sedikit pasti bahawa masa depan aku sedikit kelam sejak beberapa tragedi yang menimpa baru-baru ni. Tak berani nak buat kesimpulan awal sebab tiada bukti lagi-lagi bukti tu ada dalam minda dan hati individu. Tiada kotak hitam disediakan bagi merakam apa yang terpahat di hati. Walaupun hati sendiri.

Sedih..? kena telan hadam jugak. Sebab ni pilihan sendiri. Apa yang jadi pun kena hadapi dengan senyuman. Walaupun muka aku ni cukup payah nak senyum heee..terkilan, jangan cakap lah. Benda yang tak patut berlaku dalam era 2014 ni tapi rupanya berlaku jugak. Zaman masing-masing patut berlumba nak maju tapi ada jugak fesyen suka menjatuhkan sesama sendiri. Menjatuhkan secara halus. Macamana tu..? Duduk kat tempat aku baru rasa mcamana :)

Aku rasa tak lama dah aku kat sini. Aku cuba intai kebahagiaan lain di luar sana. Biarpun tak mewah tapi bagi aku , itu lebih baik daripada terus-terusan menanggung derita.

Friday, April 11, 2014

#21 kuat

Ni first time aku isi blog guna phone. Kalau ada ejaan yang tak betul tu maaf lah sangat. Lagipun aku tak rasa ada yang nak baca blog aku. Nanti mesti ada yang tanya kalau dah tau takda sapa nak baca kenapa buat blog kan..jawapan aku senang. Sebabnya aku takda bahu nak aku sandarkan atas satu-satu kesedihan yang sedang aku tanggung. Aku hanya akan menulis blog bila ada sesuatu yang sangat-sangat aku tak boleh hadam sorang. Nak luah pada orang lain pun aku tak tau nak mula kaedah mana. Bimbang nanti akan memburukkan keadaan. Sebabnya isu ni melibatkan orang lain. Risau nanti aku terburukkan orang lain tanpa aku sedar. Aku taknak jadi macamtu. Aku taknak.

Aku dah tawar hati nak kerja kalau keadaan terus-terusan macamni. Bilamana kita berusaha nak majukan tapi seringkali diperlekeh dan diremeh-remehkan dengan berbagai alasan. Banyak peluang untuk aku terkubur macamtu je dengan alasan yang aku langsung tak boleh terima. Aku rasa orang lain pun akan gelak bila dengar alasan sekian-sekian.

Aku nak majukan anak bangsa aku. Aku nak tengok mereka membesar dengan ilmu kehidupan yang hakiki. Tapi itu pun disalah erti. Kadang-kadang terpaksa buat cara membelakangkan demi nak sampaikan ilmu yang tak seberapa.

"KALAU TAK MAMPU JADI SEPERTI AKU,
MAKA TOLONGLAH JANGAN JATUHKAN AKU DENGAN CARA ITU"

aku ada maruah. Ada matlamat. Dah banyak aku bersabar, bertahan. InshaAllah esok aku akan bincangkan dengan kakak-kakak, aku nak berhenti dari terus jadi boneka. Aku tak dapat kepuasan kerja. Aku rasa sangat berdosa dapat gaji tinggi-tinggi tapi banyak benda aku tak boleh buat.

Monday, April 7, 2014

#20 Lelah

Tak tau sampai bila akan bertahan
Lelah tak keruan
Bukan kerana banyaknya beban
Tapi banyak memendam

Penatnya sebab tak tau apa nak buat
Penatnya sebab apa yang nak dibuat semua tak dilihat
Dulu kita ke sana ke mari
Bangkitkan semangat anak muda
Sekarang .. hurmm..

Apa la manusia tu
kalau tak mampu jadi seperti kita
janganlah pula menjatuhkan...