Saturday, August 31, 2013

#8 Malas

Pernah jadi macamni tak..? haha..tak payah mengelak lah..semua orang pernah rasa macamni kan..kenapa jadi malas tu..haa nak share meh..

Ni aku nak bercerita pasal malas..bukan malas kerja. Bukan jugak malas belajar..tapi lebih kepada malas nak ambil kisah hal-hal yang boleh membuatkan kita jadi negatif. Please..i am trying to be a better person..

Kadang-kadang kita dihujani macam-macam cerita pasal A, kadang-kadang tentang B, tak kurang tentang C, tak cukup dengan itu, D pun menjadi mangsa penceritaan..pokok pangkalnya hati kita..samada nak terpengaruh dengan penceritaan atau memilih jalan untuk mengabaikan.

Malas yang kedua ni nak cerita pasal perasaan..sememangnya aku agak malas nak jaga hati sendiri sejak kebelakangan ni. Penat jugak nak faham situasi. Aku penat jugak bila ada pengorbanan yang aku buat tapi seolah-olah tak ada apa bg orang lain. Kadang-kadang orang lain nampak kita kuat. Sebenarnya kita buat semua tu atas rasa tanggjungjawab terhadap perasaan. Penat..? Hehe..malas nak fikir.

Malas yang ketiga, aku baru perasan aku dah malas nak makan nasi..why!!! haha..time lunch memang malas nak keluar dah..sebab masa tu amat berharga kat sini..bukan sebab banyak kerja, tapi aku dah belajar sesuatu yang amat berharga kat sini.. aku sayang kerja ni..aku taknak main-main..kalau dulu kat Pilah aku selalu keluar minum pagi..then lunch keluar..masuk pejabat baru solat zohor (jam 2 lebih)..tapi kat sini, sebelum datang kerja aku beli sarapan dulu..kadang-kadang beli lebih nanti lunch tak payah keluar dah..aku pun dah pandai minum air masak je sekarang..dan yang paling aku suka sangat-sangat, aku dapat solat zohor awal waktu sekarang :D ..surau pun kat bangunan Pusat Mahasiswa ni je..alhamdulillah..syukur sangat dengan situasi sekarang. Banyak rahsianya solat awal waktu ni..lepas solat tu, nak siapkan kerja, takda masalah..then ada je orang lain yang tolong permudahkan kerja kita..

Aku rasa banyak lagi benda yang aku ketinggalan. banyak lagi yang aku kena belajar. Aku kena yakin yang diri aku masih banyak kekurangan..banyak kelemahan..sekarang aku dah mampu nak tolak benda-benda yang bukan keperluan..aku tak rasa aku perlu cari kawan untuk bawak aku jalan-jalan kat sini. Aku pun tak rasa aku sorang-sorang (memang la aku ada kakak duk Bota nuuu).. aku masih ada sekeping hati yang cekal walaupun kadang-kadang aku tak kuat..dan aku malas nak fikir benda-benda yang boleh bawak aku fikir negatif kat orang tu.. :D

Wednesday, August 28, 2013

#7 Tabur!

Ni cerita lama tapi sampai sekarang kami tak boleh lupa kronologi kejadian ni..
Ehem..ehem..malam tu ada DEP (Dewan Eksekutif Pelajar) di LT 200 UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Mesyuarat kot malam tu..meeting pasal nak bincang aktiviti dan lain-laian perkara berbangkit..

Kami (Equine) putuskan untuk tak buat apa-apa aktiviti sem ni disebakan ehem..ehem..dan juga ehem ehem.. (malas nak cerita) .. tapi malam masa DEP tu nampak macam kami dok discuss beriya pasal aktiviti padahal..

"korang nak ikut ke taknak ni???"
"sapa lagi, cik?"
"tak kisah sapa, janji korang 4 orang je..kereta aku kecik"
"cik nak sapa pegi lagi?"
"asalkan faris ikut ehek"

so malam tu kami tergelak-gelak sebab dialog selepas tu macam sedikit 18PG haha..weyyy bukan cerita LUCU ye..ni kisah adik beradik.. sampai Puan Dalila masa tu tertoleh-toleh la pandang kami dok bincang macam la ada program sangat haha..muka Puan pun pelik kemain je masa tu..
'apa laa budak komander ni sembang..' mungkin tu la ayat dalam hati kecik dia haha..

Esoknya tu aku kena jadi fasi untuk Kemahiran Insaniah Modul 1 dulu. Kami plan nak gerak ke KL dalam jam 10 malam. Overnight la kat kaki bukit cadangnya..but then aku rasa tak sedap hati. Sebab masa bincang kat LT200 tu , ramai lagi komander lain ada..so aku putuskan nak sewa lagi satu kereta untuk boys dan yg girls naik kereta aku.

Nak ringkaskan kereta maka program yang kami rancang tetiba tu menjadi..komander kan..last minute pun boleh gerak. So kami pun gerak jam lebih kurang 11 malam ke KL..sampai sana lepak kedai mamak..then terus gerak ke Bukit Tabur untuk tidur kat sana sebelum mula hiking subuh nanti. Masa duk kat kaki bukit tu pun ada tragedi jugak sebenarnya..Lepak lagi depan rumah orang yang bela anjing..then boleh pulak budak-budak ni bentang ponco konon nak berbumbungkan langit. Haaa...sekali ambik kau..sikit lagi nak kena kokak kat anjing..

Haa perasan tak kami pakai baju sama..aku pun tak faham lah kenapa aku dan bebudak lain boleh TO'AT (taat) dengan kehendak izzati tu..aku pun pasrah je sarung jersi yang kemain terang tu. Tu ha izzati yang dok paling depan dok buat tanda peace tu..ntah apa yang peace nya pun tak tau laa..







cantik la view dia..selalu dengar orang promote Broga kan..tapi aku rasa Bukit Tabur lagi best..memang la bukit je..tapi kat Tabur banyak aktiviti yeyeayy.. sapa biasa main wall climbing mesti suka datng sini..tengok la batu-batu dia tu..kena yakin dan berani je..sapa tak yakin dan banyak cakap, tak payah pergi la kut.. satu lagi, tempat ni tak bahaya sebenarnya even pernah dengar ada kematian berlaku di lokasi ..

Pasal kes mati tu, takda sapa pun antara mereka yang ikut ni dah tau..pernah tau tapi tak ambik tau kot...bagi aku, mati ke , jatuh ke, takda kena mengena dengan tempat ni...kita ni sebagai pengembara yang kena alert dengan persekitaran.. ke tak setuju..?




haa ni yang best bila dengan Equine...tak risau la kalau lapar...mi kari letup la..maggie kari berapi laa..tomyam ke..maggie asam laksa ke..semua bubuh satu bekas je..alaaa dalam perut kan bersatu jugak..tu haa bekas licin..pelik kan..biasa orang hiking ni cepat dahaga..tapi kami si gorgon ni cepat lapar....

Rindu nak naik Tabur lagi...sekarang ni dah jauh..tapi aku dah bajet dalam 2 jam sampai la KL dari perak..buat benda yang kita suka..apa ada masalah..

Yang lain-lain kalau nak join , join je..jangan mula-mula je bising nak ikut, but then ada je halnya ...

Aku yakin tempat ni paling best pernah aku naik..aku sangat yakin...


#5 Dayung !


Tanggal tiga puluh satu bulan lapan dua ribu tiga belas..aku dah musykil ni mana arah tujuan aku sebenarnya.
Banyak pulak agenda menarik.. nak iring kontijen UiTM (Perak) ke perarakan hari kebangsaan pagi tu..malam pulak ada jemputan doa selamat..
Tetiba petang semalam en hafis bagitau ada pertandingan kayak (double) kat sini..yuran RM5 je kot..
GILA KAU TAKNAK MASUK!!!!!!
Ini la satu-satunya peluang aku nak jadi aktif balik selepas dua bulan memboyot makan baring tidur makan lagi boyot balik merayau-rayai dan akhirnya aku jadi pasif .

Alaaa..masalahnya kena cari partner ni yang lemah sikit..kalau dapat import si paan ke..deha ke..alva ke..skien ke..daya jugak nak masuk...kat sini belum ada kimia lagi laa..

Selama ni dok latih orang je..cuba sekali masuk ..haa mau bersin berdarah hidung kau...so macamana ni..nak masuk ke taknak ... (huuuuu)..

Balik Pilah aritu sempat borak dengan deha..deha remind pasal 6-8 september ni..aduh..aku lupa tarikh tu Kembara II punya outing..(nangis lagi).. takpalah deha..tanpa saya, Kuala Pilah tetap maju sempurna...

So cerita dia..aku belum mampu nak putuskan mana arah tuju aku weekend ni..sebab terlalu banyak agenda menanti..balik Kuala Pilah?? urmm.... mungkin tu pilihan terakhir aku..tak rasa aku ada jiwa lagi kat sana..semua dan musnah sekelip mata..lagipun kesihatan lutut makin merisaukan ni weyyyy...nak drive manual 6 jam....heh.

Aku tak rasa lepas ni boleh join lagi benda-benda extreme bunuh diri ni lagi..(ayat ni tahun-tahun lepas pun pernah guna).. lutut ni..haishhh....

kadang-kadang terfikir jugak...sampai umur berapa aku nak join benda-benda macam ni...uban pun dah berkeliaran ni...

Tuesday, August 27, 2013

#6 Tewas :(

2045H.
Pusat Mahasiswa.
UiTM (Perak).
Keseorangan.

Hari yang paling berdebar katanya. Tapi Alhamdulillah dah siapkan tugas-tugas yang DEADLINE nya minggu depan. Risau pulak tangguh-tangguh kang..buatnya accident ke..apa ke..kan dah susahkan orang lain pulak.

Seronok bila banyak kerja. Tapi tu lah..balik dari kerja jam 7.20 petang tadi migrain laju-laju. Sebab main hujan ke macamana. Mungkin.. atau aku terlalu rindu kat budak yang selalu migrain tu jugak ..mungkin...

Dan sebenarnya migrain tu teruk kemain. Muntah teruk . Aku teringat jugak pernah tanya fifi (M.A Pilah), kalau muntah warna hitam tu apa benda sebenarnya..then dia bagitau, maybe ada luka dalam perut..urmm... maybe..?? actually memang ye. Ada.

So disebabkan migrain teruk tu aku decide untuk baca al-Quran even 2 pages je..sebab aku yakin ayat-ayat al-Quran adalah penawar segala penyakit. Lepas maghrib tadi sempat baca sikit then aku terus siap-siap ke ofis. Aku taknak manjakan diri. Ni semua dunia je ..sakit-sakit ni..aku kena kuat.

Aku nak gaji yang berkat. gaji aku nak hulur kat mak ayah. kadang-kadang aku nak share dengan orang lain (belanja makan)..so, aku kena kuat..aku kuat. Aku takkan layan semua sakit ni. Kecuali mati.

Apapun , aku tewas harini.

#4 Rindu

Sesungguhnya rindu itu amat jahat!

Aku rindukan suasana Kuala Pilah yang berbau lembu.
Aku rindukan kabus pagi Kuala Pilah yang menghalang pemandanganku menuju opis.
Aku rindukan mee kari Melang yang kemain walla wey..
Aku lapar sebenarnya ni..

Aku rindu nak main bola tampar petang-petang dengan student Pilah.
Aku rindu nak main basikal (satu-satunya MTB yang masih sihat kat stor tu).
Aku rindu nak masak gulai ketam seperiuk then bawak kolej berkenduri dengan #Equine.
Aku rindu semua tu.

Tapi orang cakap..rindu tak perlu diterjemah.
Rindu tak perlu dibalas.

Terima dengan redha.
Hekhek..

Monday, August 26, 2013

#3 Peluang !

Bismillahirrahmanirrahim..
Semua orang idamkan peluang ..samada peluang pertama..kedua...ketiga..dan tak ramai yang memilih untuk suka pada pilihan terakhir..

Aku tak lagi diberi peluang untuk menjernihkan keadaan walaupun pada aku dua-dua ada salah masing-masing. Hati lebih menjerit 'sakit' dari menyatakan sedih ..benda ni bukan jadi sekali..dah berkali ..tapi aku tetap bagi peluang pada diri sendiri untuk berusaha cari jalan penyelesaian..menjarakkan diri bukanlah jalan yang terbaik..bermasam muka bukanlah pengakhiran yang seronok..ungkit mengungkiti juga bukanlah satu jalan cerita yang sihat untuk aku kenang.
 
"**** tak suruh datang, kenapa datang?" katanya..
"Aku tak pernah mintak kau datang dalam hidup aku..tapi kenapa kau masuk dalam jalan cerita hidup aku?" - hati kecil aku membalas.
TAPI..aku bukanlah orang yang tidak memberi peluang..aku hargai apa yang dia buat untuk aku. Dan aku beri peluang kepada hati sendiri untuk menghargai dia. Dan aku berjaya. Titik.
 
Kali ni, aku rasa aku sedikit penat nak jernihkan balik apa yang dah keruh. Salah aku. Jadi aku kena  keep calm and stay cute walaupun payah nak lupa. payah nak lupa dia. Apapun bila dia minta aku jangan ganggu dia lagi, aku harap dia memang benar-benar maksudkan .
 
Dan aku harap dia berhenti nak doakan apa-apa untuk aku kecuali dia boleh berdoa untuk lupakan aku. Sebab selagi dia sebut nama aku dalam doa dia, selagi tu aku tak boleh berhenti nak tau perkembangan dari dia. Kalau dia betul-betul dah taknak aku wujud dalam jalan cerita hidup dia lagi, maka dia kena buktikan benda tu.
 
Aku. Penat. Totally. Penat. Tapi aku tetap tak pernah harapkan semua ni berakhir dengan perpisahan.

#2 Terbang !

 
Satu hari di hari Sabtu.
Sebenarnya aku balik Kuala Pilah sebab nak jumpa seseorang. Tapi apakan daya, muka tak comel jadinya orang tu tak sudi nak jumpa aku. So padan muka kan..
 
Habis kerja petang Jumaat tu, aku laju-laju drive balik menuju ke lebuhraya utara-selatan. Tak plan pun nak fly ni. Tapi memandangkan permohonan aku untuk bertemu orang tu direject secara pukal dan kejam , maka aku pun menggaru tudung yang tidak gatal dan fikir apa aku nak buat setelah mengorbankan duit minyak dan tol yang sama harga dengan sepasang kasut primavera tu.. (eksyen kau ye taknak jumpa aku...)
 
Mungkin ada hikmahnya lagi, nampak status kawan kat fb ajak gi fly kat Bukit Dangdut (Sendayan)..hah..laju-laju call kawan tu dan..."Okay, saya tunggu sana lepas Zohor"..
 
Nak ikutkan memanglah penat + sakit belakang + lutut menggigil dek pemanduan kereta manual selama 6 jam. Tapi daripada membazir takda buat apa..better aku menenangkan perasaan kecewa tu dengan buat benda yang tak tentu arah ni..jatuh?? heh..kalau jatuh bangun la balik,,,
 
 

 
Inilah rupa kat puncak Bukit Dangdut (sendayan)..ehem..baru perasan , aku sorang je wanita yang join deme ni kat atas. En Yusof nak guide aku fly solo lagi harini. Keadaan kat atas ni, panas..yang best tu sebab angin banyak masuk..hari ni dapat kenal sorang Doktor dari Kajang yang dah lama join paragliding..Dr Khasturi nama dia..wanita bangsa India..katanya belajar masa kat Indonesia dengan Pak Yoshi (kenalan instagram aku)..kecik kan dunia ni..? Respect lah dengan Dr Khasturi tu...humble je...tapi tak kedekut ilmu.. harini dia tak fly sebab katanya kalau kat Indonesia, fly tanpa kawalan instructor dia, kena denda..ohh..macam tu..tapi kat Malaysia ni..kira halal je eh..?? hehe..

 
 
Aku berpeluang fly petang tu ..lima kali take of gagal...takda lah nak salahkan angin ..dah memang aku rasa tak larat nak tarik payung tu hehe..plus kena lari laju-laju bila nak take off..last sekali aku rasa dah fly tapi duduk awal sangat kat harness..maka payung tu pun kuncup balik dan yang best aku jatuh (kepala landing dulu)..sakit?? hurm..lagi sakit kalau kita drive jauh-jauh nak jumpa orang tapi orang tu taknak jumpa kita..

Aku punya impian nak promosikan paragliding ni ke seluruh sistem UiTM. Aku tak nafikan ramai yang tak yakin..dan aku taknak paksa kalau orang tak berani..tapi setakat ni aku bangga sebab Komander UiTMNS dah ada yang rasa tandem (kat sini jugak)..harap adalah yang berani ambik lesen paragliding suatu hari nanti.....

Eden dah tuo....

#1 Cubaan

Assalamualaikum wmt wbt..

ni namanya cubaan.
kalau tak cuba, kita tak tau.

tak adalah bajet nak jd glamour ke macamana.
lebih kepada nak simpan perjalanan cerita.

blog lama tu..biarlah terkubur di alam maya sana..

sekian.