Sunday, August 24, 2014

#29 Peluang

Dua hari dah tak membebel kan. Ke lama dah? Haha... Khamis jumaat busy kat Pusat Latihan Kg Gajah, Perak. Seminar dr pg sampai malam. Sabtu dah ke Shah Alam.. Ada kursus sampai la isnin.

Sengaja buat sibuk. Kurangkan online fb, kurangkan online twitter, kurangkan scroll instagram..sebab sesungguhnya aku sedar tahap ketahanan aku macamana. Aku takkan tahan sebak menyaksikan berita-berita ke'pulang'an mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MH17. Sesungguhnya aku sebak bila tengok waris mangsa. Aku tak boleh tahan air mata. Dengar orang baca AFatihah pun aku dah meleleh-leleh. Aku yg tak ada apa kaitan dengan mangsa pun boleh sebak macamni, macamana pulak dengan waris kan... :(

Dari peristiwa ni, aku terfikir betapa sepatutnya kita menghargai apa yang ada di sekeliling sebelum kita kehilangannya. Kadang kita membiarkan sahaja peluang-peluang yang patut kita rebut berlalu begitu sahaja. Betapa bodohnya kita kerana berasa ego dan berharap orang lain akan patuh ikut dengar dan buat apa sahaja yang kita mahu. Dan bila kita kehilangannya, baru lah kita menyesal..


Tuesday, August 19, 2014

#28 Tersodak

Tersodak den nengok eh
Tersodak den..
Makin tak paham den dengan situasi barai macamni.
Apo kehondak dio sebona eh.
Adehai.

Bukan merungut do..ni lobih kepado buek salah tak buek laie kono sorgah.
Kok orang dah tak suko, baik kito bolah yo tak.
Tapi bilo fikir "kalau kau raso nak keluar pikir balik kenapo kau masuk"..
Dah jadi macam tak semonggah lak perangai den kan.
Sabar tu kan segalo-galo eh.

Orang nampak den bongih selopeh den lamo menyabar.
Kekadang sabar den 200% tapi dek kerano terlalu memondam, maghah tu terlotuih gak.
Takdo sapo tau sabar den yang 200% tu sobab den pondam. Lobih kurang pun lotak kek sinia yo peluahan eh.

Raso teraniayo pun ado. Doa orang teraniayo tu makbul....kan...?? Sobab tu rasa takut nak berdoa. Risau kot den terdoa yang tak elok untuk orang lain..Kalau dapek, mohon Allah bukakan pintu hati sesapo yang terlibat ni yo untuk soda bahawo kito semuo ni manusio biaso.

Keadaan den ni tak memungkinkan den ado maso untuk orang lain. tapi den totap dituduh macamtu oleh seseorang. den tak paham..den memang tak paham kenapo den difitnah sebegitu rupo..lagilah den sodih...

Monday, August 18, 2014

#27 Hasrat

den ghaso dah tak lamo dah la nyawo den ni haa. banyak bona kejadian tragis melando kebelakangan ni haha..

semalam nak eksiden laie. apo bondo la diorang ni. ado signal tak nak guno. nasib baik den cokap ngelak. kot tak, arwah lagi duit den nak repair pintu alza pulak. ponek den ngumpo duit nak dapek an alza tu.. kot insiden laie, mau nyo tak jadi macam kiki..

actually den dah persiapkan sejumlah uwang untuk tujuan menajo seseorang untuk belajar paragliding. supayo kalau den dah tuo esok ado yang mewarisi payung firebird den tu. sayang nak jual kt orang.

hajat eh bosa nak belajar terobang macam den kan. raso eh tak salah mano kalau den bantu dio sikit2. alaahh..den pun belajar bukannyo kono bayar apo2. datang buek muko tembok yo. lopeh tu fly la kot ado yg sudi nak guide kan.

aritu den janji bawak dio tandem kalau dio dapek dekan. tp mano sampai hati nak biar dio tunggu lamo. buek eh den kiok dulu sebolom dio dapek dekan tu kan ko dah terkilan. mati colik mato den kang. sudah eh den bawak la dulu aritu walau pun bongih2 den mo dio. dapek gak dio meraso duo kali tandem.

ni skrg den raso macam "lantak la kau" pun ado. payah nak mikir an. den paling pantang orang nuduh den macam-macam. kalau bondo den buek tu takpo la nak nuduh-nuduh. ni tak tontu ujung pangka nak gak fitnah nuduh den memacam. baik den abaikan orang macam ni. bangso tak soda diuntung. tak cukup nyakitkan ati den, dah maafkan pun buek laie. sekarang ni, memang den tak maafkan sampai bebilo. sobab tuduhan yang sangat tak tercapai kek akal den nan satu ni. kiro adil la den pun dah maki dio sobab goma menuduh kan. tapi maki tak samo ngan fitnah weii haha.. lantak la kau ..!

jadi eh hasrat asal den tu den bungkuih yo la. baik den nyimpan duit bawak anak buah den jejalan kan. lagipun dio tu sapo, tetibo nak wujud dalam idup den. dah la emosi. den laie lamo kawan ngn A, B, C, D segalo tu tetibo dio baru muncul, then dio nak angin2 lak pasal A,B,C,D tu. tak soda diri. bilo den buek perkaro samo, pandai lak dio kuang ajar mo den. ni la jonih bangso tak soda diuntung. dio raso dio bagus padahal sebona eh mental eh problem.

den raso lagi tonang jiwo den maso samo A, B, C , D segalo dulu tu. takdo isu pun den nak pi mano dengan sapo sobab diorang tau den macamano. Ini tidak..baru setahun duo kona den dah bajet-bajet kekonon den tak buleh nak kawan mo sesapo. lopeh tu bebajet nak suh den faham keluargo dio sorang. orang gilo. lantak kau la haih. sekarang tonang jiwo den. takdo ekau.

den ponah tanyo "macamana la kau boleh wujud dalam hidup aku ni.."
dan dio baleh "aku lagi pelik macamana orang macam kau boleh lahir kat dunia ni.."
whoaa lawan kerja Tuhan beb..haha. tepuk tangan ..

aku..takkan maafkan kau sampai bila-bila yang aku rasakan perlu.

Saturday, August 16, 2014

#26 Ponek

Rajin pulak menaip. Aherher.. Baru lopeh masak oii..anak buah den nak makan udang tumis dengan kacang botol. Lamo dah tak masak, skill den dah tumpul. Tak samo raso eh dengan yang selalu buek tu. Macam ado yang kurang. Minyak eh tak..?

Hurm. Den raso macam nak tarik diri pulak dari ABG2014 ni. Sobab eh, prestasi den merosot. Agak eh terkojut sobab dah lamo tak fly ni. Raso lotih pun ado yo sobab travel dari Perak lopeh subuh. Tak sompek lurus pinggang toruih bontang payung. Berani kau nak rehat..??!!!

Takpolah kok takdo rezeki nak join competition bertaraf antarabangsa macamtu. Bolom maso eh laie den raso. Den pun bukannyo handa bona. Yolah bilo tetibo tercalon tu kan, mano tak jakun eh. Mestilah gembiro kan. Risau makmek lak den ni haa..macam2 boto den nak fikirkan.

Apo pun kebuntuan yang den alami sekarang, den harap den tak leko dengan permainan duniawi. Apo pun kesibukan dunio, harap den tak lengah-lengahkan solat. Uii takut boto den klu time azan tu den masih terkedek2 buek bondo lain. Allah dah panggil, leh lak kito buek tak tau yo tak. Biadap amek kito kek Tuhan kito sendiri. Nauzubillahi min zalik...moga kito semuo dijauhkan dari perangai suko nangguh2 solat ni...

Dan den pun berharap makmek agar den tak membonci seseorang tu hanyo sobab orang lain bercerito perihal buruk dio kek den melainkan den terkono sendiri. Biarlah den sorang yo kono macamtu. Setakat fitnah dan tuduhan tu apo bona la sakit eh kan. Chill beb.

#25 Stress!

Dah bulan 8 oi.
Nanti bulan 9.
Bulan 10.
Arghhh November dah start competition!!!!

Stress paham tak??!!! Stress sebab belum berlatih towing
Stress sebab arini satu sortie pun xmasuk ring!!
Stress sebab walkie talkie hilang!!!
Cuai!

Tambah stress sebab ada batu terpelanting kat cermin kereta alza gua!
Huh!

Friday, August 15, 2014

#24 Pulun

Rasa sedikit kelakar bila benda itu diutarakan.
tak kisah pun kerja sampai malam.
kadang datang jugak hari cuti.
tak pernah aku mintak dibayar.

"u tak boleh claim overtime, gaji u tinggi"

bukan aku mintak gaji tinggi macamtu. dah ditawarkan macamtu.
dan seingat aku dalam setahun baru sekali claim overtime. itupun sebab aku rasa aku betul-betul berpeluh-peluh buat kerja tak cukup tidur , mandi pun tak sempat.

yang lain-lain, aku tak claim pun. atas dasar, aku pun kadang-kadang tersasar rehat lebih dari masanya. *moga Allah ampunkan..

ya..pulun buat kerja.
moga Allah redha dengan apa kami usahakan.
demi anak bangsa.
mana yang mahu menerima.
Alhamdulillah.
yang tidak mahu menerima, inshaAllah satu hari nanti akan 'mengalah'.
Allah punya perancangan yang paling baik. dan manusia jangan berhenti merancang.

InshaAllah.

Wednesday, August 13, 2014

#23 Tanpakata

Hidup ni kalau tak kering hati memang kau takkan dapat capai apa kau nak. Bosan juga asyik di takuk lama. Sampai satu tahap kau rasa diri kau bukan sesiapa pada diri kau sendiri pun.

Kau buat je. Lalui je. Lawan apa kau rasa perlu lawan. Kau dah banyak membiarkan sebelum ni. Dah ditindas-tindas sebelum ni. Sekarang masanya bangkit. Jangan menoleh sangat arah tu.

Bangun, bangkit, juangkan.

Persetan setan yang menyetan.