Friday, March 14, 2014

#19 Keterlaluan

Bismillahirrahmanirrahim..

lama dah tak menumpah kat sini.
nak kata busy tak jugak.
nak kata tak busy, pun tak jugak.
so..so..

keterlaluan sangat perasaan dalam diri sekarang.
keterlaluan nak buat itu ini.
keterlaluan nak balik kampung.
rindu.
rindu rumah mak abah.
sangat.

keterlaluan sangat kalau aku pentingkan diri sendiri.
anjak lagi tarikh nak balik.
lantaran banyak keperluan di sini.
mungkin mak akan berkecil hati.
mungkin.
tapi aku tak pandai nak mengatakan TIDAK pada setiap perkara berkaitan tugas.

keterlaluan sangat kalau merungut.
entah. kalau aku pernah merungut, sila beri teguran.
keterlaluan kalau asyik mengangguk "baiklah".
tapi di belakang ada tangisan.
aku tak pandai mengatakan TIDAK.
aku tak pandai.

keterlaluan sangat kalau memendam.
ye. sekarang sangat memendam.
keterlaluan.