Sunday, November 23, 2014

#35 Kecewa

Hai Malaya. Aku dah pulang. Pulang dengan seribu kekecewaan. Gagal buat yang terbaik untuk Asian Beach Games 14.
Aku boleh terima kegagalan andai dah pamer yang paling baik. Tapi persembahan hancur. Frust. Hampa. Kecewa.
Aku salahkan diri aku. Terlalu nervous dan stress. Patutnya tak jadi macamtu. Mungkin kerana menyarung baju Malaysia buat aku jadi stress. Semua tak menjadi.
Aku pelik. Aku bukan orang yang cepat putus asa. Tapi semua tak menjadi.
Aku harap sangat lepas ni ada ramai anak muda yang sudi mewarisi kami. Cemburu dengan kemajuan Thai dan Indonesia. Mana silapnya kami dalam sukan ni? Terlalu berkira mungkin?

Thursday, November 6, 2014

#34 Mengerti :D

alhamdulillah akhirnya ramalan den betul belaka.
Kan dah pernah cakap kat hati sendiri, dia tu memang ada niat nak menyusahkan hidup aku je.
nasib baik la cepat sedar.
nasib baik la orang lain pun cepat sedar.

atas dasar apa kau hasut kawan-kawan kau dengan segala cerita memburukkan aku..?
kau fikir kau boleh menang..?

kau kena paham yang aku sedikit kudis pun tak terjejas dengan segala cerita keburukan aku yang kau lemparkan baik cerita tu betul atau pun fitnah.

sebab..?

sebab aku percaya pada Allah, Yang Satu.

Titik.