Sunday, April 13, 2014

#22 Eh?

Isnin, 14hb April setelah semalam.

Hati kering memang macamni. Buat apa yang kita nak buat selagi tak susahkan sesiapa kan.. so berjaya lagi fly kali ni. Dengan set sendiri. Tak payah pinjam dah. Bahagia..? Sangat :D

Aku sedikit pasti bahawa masa depan aku sedikit kelam sejak beberapa tragedi yang menimpa baru-baru ni. Tak berani nak buat kesimpulan awal sebab tiada bukti lagi-lagi bukti tu ada dalam minda dan hati individu. Tiada kotak hitam disediakan bagi merakam apa yang terpahat di hati. Walaupun hati sendiri.

Sedih..? kena telan hadam jugak. Sebab ni pilihan sendiri. Apa yang jadi pun kena hadapi dengan senyuman. Walaupun muka aku ni cukup payah nak senyum heee..terkilan, jangan cakap lah. Benda yang tak patut berlaku dalam era 2014 ni tapi rupanya berlaku jugak. Zaman masing-masing patut berlumba nak maju tapi ada jugak fesyen suka menjatuhkan sesama sendiri. Menjatuhkan secara halus. Macamana tu..? Duduk kat tempat aku baru rasa mcamana :)

Aku rasa tak lama dah aku kat sini. Aku cuba intai kebahagiaan lain di luar sana. Biarpun tak mewah tapi bagi aku , itu lebih baik daripada terus-terusan menanggung derita.

No comments:

Post a Comment