Sunday, November 23, 2014

#35 Kecewa

Hai Malaya. Aku dah pulang. Pulang dengan seribu kekecewaan. Gagal buat yang terbaik untuk Asian Beach Games 14.
Aku boleh terima kegagalan andai dah pamer yang paling baik. Tapi persembahan hancur. Frust. Hampa. Kecewa.
Aku salahkan diri aku. Terlalu nervous dan stress. Patutnya tak jadi macamtu. Mungkin kerana menyarung baju Malaysia buat aku jadi stress. Semua tak menjadi.
Aku pelik. Aku bukan orang yang cepat putus asa. Tapi semua tak menjadi.
Aku harap sangat lepas ni ada ramai anak muda yang sudi mewarisi kami. Cemburu dengan kemajuan Thai dan Indonesia. Mana silapnya kami dalam sukan ni? Terlalu berkira mungkin?

No comments:

Post a Comment