Monday, January 20, 2014

#14 Degil

Bukit Tabur. Satu kemegahan..? Terpulang kepada mata yang memandang, mulut yang menilai, hati yang memerhati. ok. tak kena .
Tragedi demi tragedi menimpa berakhir dengan kehilangan nyawa. Sepantas kilat lokasi dipersalahkan ..lokasi adalah bahaya..kata mereka. yang tidak pernah jejak ke sana pun mula menyusun kata itu ini. seolah merekalah peneroka lokasi dahulunya.
Aku bukan degil. Aku cuma pencinta alam. Penggiat sukan lasak bau nestum.
Baru ni ke sana lagi. 18012014. Memandu sahabat yang baru aku kenal. Dalam masa yang sama berhajat mencari punca tragedi.

Thrill. Ngeri. Meremang bulu roma. Semua tu pernah ada masa pertama kali jejak kaki ke sini. Tali tu..tali tu.. kalau putus?? kalau salah pijak..??kalau terlepas..??? awas..perkataan KALAU yang sebegitu jangan sesekali terluah semasa sedang mendaki. kadangkala KALAU itu membawa kepada KALAH. kalah dengan situasi. tak yakin dengan diri..


Apa niat sebenar kita..? Semata menambah sakit di kaki atau mencari ilmu curahan Ilahi? Alhamdulillah..sepanjang enam kali pendakian, tidak pernah sekalipun mengalami sakit-sakit badan sepulangnya dari aktiviti ini. Apa rahsianya..? masa pendakian inilah peluang kita menambah pahala .. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.. Maha Suci Allah..Segala Puji Bagi Allah..Allah Maha Besar..nah..hasilnya..tak rasa penat ..tak rasa cramp kaki.. (ye la kau..entah-entah cakap je)..terpulang kepada penilai. Sebab tiapkali lepas mendaki, kaki tangan inilah yang memandu pulang.. dan esoknya kembali bekerja 8pg-5ptg seperti biasa.. lafazkan kekaguman kita kepada Maha Pencipta..yang menjadikan langit dan bumi..yang menciptakan gunung ganang dan bukit bukau..

cantiknya Bukit Tabur hanya mampu diluahkan melalui pendakian. Siapa yang belum pernah jejak ke sini mungkin juga satu kerugian..terlalu indah untuk diterjemahkan melalui tulisan. Andai ingin dikarang keindahannya, memakan masa berhari-hari untuk diperincikan setiap sudut dan suasana. Enam kali mencuba masih belum puas terasa. Rendah diri dengan apa yang ada di sana. Bukan setakat beraksi, malah menjadi tanggungjawab menjaga keselamatan insan-insan yang turut menemani.


 
 
susah nak terjemah perasaan sekarang ni..terpaksa melepaskan apa yang menjadi minat untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. aku akui terkesan dengan larangan kawan-kawan, jangan mendaki Bukit tabur lagi..larangan dari mereka yang tak pernah menjejak kaki.. tapi aku pergi jugak...aku pergi jugak 18 Januari baru ni..dan di saat itulah aku tau bahayanya di mana.. tempat yang selalu aku pijak..kini dah rapuh.. crack di sana sini..aku hampir jadi mangsa keenam..aku terlalu memikirkan bagaimana arwah Soleha terjatuh..dan akhirnya aku jumpa jawapannya..mujurlah tempat yang aku selalu pijak tu, aku rasa dengan tangan dulu..aku dapat rasa batu-batu tu bergerak..retak..rapuh..depan mata batu-batu tu bergolek ke bawah..ke gaung yang dah mengorbankan 4 nyawa (setakat yang aku tahu).. mujurlah aku cepat sedar..kalau tak...
aku umumkan persaraan dari mendaki Bukit Tabur petang tu juga. dengar macam menjengkelkan tapi orang yang pernah jejak Bukit Tabur je faham apa yang aku rasa..
Aku teringat saat bermalam di Masjid Salahudin Al Ayubi (Taman Melati, Gombak) ..angin kuat sangat..tidur jam 2.30 pagi, terjaga jam 4.00 pagi..tengok, pintu masjid dah buka..ada seorang pakcik solat ..aku cuba pejam mata balik..tapi tak boleh..saat tu teringat, kalau tiba-tiba terjaga tu, itulah saat yang paling baik untuk kita berdoa.. terfikir juga :
'adakah ini petanda ..? mungkin juga Allah gerakkan untuk aku bermunajat..bertaubat sesungguh-sungguh taubat atas dosa-dosa lampau..'
Istighfar. Istighfar. Istighfar. Menangis. Bangun. Bersihkan diri sekadar mampu (sejuk sampai ke tulang). Berwudhu. Sarung telekung. Bentang sejadah. Mengadu padaNya. (Telekung pemberian dari seorang ex-student UiTM Kuala Pilah, sentiasa aku bawa ke mana-mana..Allah..moga beliau beroleh pahala yang banyak tiap kali aku menggunakannya)..
Dan akhirnya aku menjadi DEGIL buat pertama kali dalam hidup..err..dah banyak kali..tapi rasanya itulah pertama kali menjadi DEGIL yang teramat. aku panjat juga Bukit Tabur tu hari tu..tapi dalam mood yang tak berapa nak stabil. kurang ambil gambar. kurang minum..air mineral sebotol pun tak luak.
Terima kasih Bukit Tabur..syukur kepadaMu ya Allah.. (ending yang tak menarik..sengaja buat macamni sebab penamatnya ada dalam penilaian masing-masing..)

1 comment: