Wednesday, January 29, 2014

#18 Aku

aku si apam johol. aku menjadi pujaan budak comel yang berada di Seri Iskandar. Budak itu pernah membeli aku secara atas talian dari seorang pengedar aku. setelah urusniaga selesai, aku pun dijanjikan akan sampai ke destinasi (Sri Iskandar) secara poslaju. aku tak tahu apa yang menyebabkan budak itu teringin sangat nak makan aku. tapi jelas, keinginannya membuak-buak sementelah budak itu dah sekian lama tak balik ke negeri kelahiran aku.

aku dipos pada Jumaat dan dijangka tiba pada Sabtu. malangnya alamat penghantaran aku kepada budak itu menyebabkan aku tidak dapat segera tiba ke pangkuannya. poslaju yang laju kurasakan tidak berbaloi buatnya. aku pun menetap di sebuah bangunan yang tidak ku ketahui lokasinya. berhari-hari. bermalam-malam. sehinggakan seluruh badanku diserang kulat akibat terlalu lama di dalam bungkusan.

lima hari berlalu. akhirnya aku selamat tiba ke pangkuan budak comel yang teringin nak makan aku. aku dapat dengar suara gembiranya dari luar bungkusan. aku terdengar sayup-sayup suara teman-temannya bertanya apakah kandungan bungkusan yang melindungi ku dan 29 adik beradikku yang lain. dengan ceria aku terdengar suara budak comel membalas pertanyaan kawan-kawannya :
"nanti esok kita bawak ye. khas dari negeri sembilan" . katanya penuh ceria.

aku dapat rasakan kegembiraan budak comel itu apabila menerima kehadiranku. sesiapa yang berselisih dengannya pasti ditegurnya sambil menayang-nayang bungkusan yang melindungiku dan adik beradikku yang lain. ayatnya tak lain tak bukan menyatakan ketidaksabaran menghidangkanku kepada rakan-rakannya esok hari.

dalam perjalanan pulang ke rumahnya, aku dapat rasakan kegembiraannya yang tidak terhingga. seketika aku mendengar bungkusan yang melindungiku dibuka cermat oleh budak comel itu. helaian demi helaian dibuka dan akhirnya aku berpeluang bertemu wajah comel yang tak sabar-sabar nak menikmati aku.

comel dan kasihan melihat wajah ini. begitulah wajah kesiannya semasa memandang ke arahku..tiba-tiba ku lihat air matanya bergenang.
"alaaa...kenapa dah berkulat...???" kedengaran suaranya sayu diiringi airmata yang semakin laju mengalir.
"alaa.. dah janji dengan kekawan ofis nak bawak esok..mcmana boleh jadi macamni...." ucapnya lagi sayu...sedih dan kasihan pula aku mendengarnya. aku sendiri tidak dapat menahan kesedihan kerana dari pengetahuanku, budak comel ini telah sekian lama mengidam nak makan aku.
sunyi. sayu. sepi. iskk..iskkk..kedengaran esak perlahan.
perlahan-lahan budak comel itu duduk di sebelahku dan menung. lama. aku tidak terdaya memujuk. dan tidak terdaya memberitahu yang aku telah lama berkulat sebelum sampai kepadanya lagi. aku cuma bertahan dua hari sahaja dalam keadaan frozen bila dipos.
"tak mengapalah. mungkin ada hikmah tak dapat makan sekarang. dah la lusa nak panjat Bukit Tabur. takda rezeki la tu..."
sayu pula dengar budak ni menelefon kawannya.
cerita selanjutnya aku tak tau dah sebab aku dibungkus kembali sepertimana dia dapat........


No comments:

Post a Comment