Monday, September 29, 2014

#33 Perasaan..?

27hb dan 28hb Sept 2014 den berpeluang tolong-tolong kelab untuk event sulung kami. Nak tau event apo?
 
Paragliding..? Apo bondo eh tu..??mesti ramai tak tau kan. Dalam bahaso Kelumpo eh Luncur Udara. Ghamai gak la yang kompius paragliding dongan payung torjun ni, kekadang bilo nak fly mesti ado yang tanyo : "BERAPER KALI U TERJUN HARI NI?" gilo ko den nak terojun.....

Den pun tak pandai nak cerito an sobab den bukan pencerito yang baik. Bilo ado event ni, dapek gak la membantu mempromote apo bondo eh PARAGLIDING ni. Event ni berbontuk perkhemahan untuk mereko-mereko yang teringin nak raso terobang kek udaro. Agak eh muak dah selfie ateh tanah dalam jamban dopan ceromin kan. Haaa ni la peluang nak ambik gamba rare sikit kan.

Event ni kami buek kek Kuala Kubu Bharu. Site paragliding ni kot den tak silap , bulan poso maghin diorang ni kojo an. Rajin kan. Jadi, ni la maso eh kami nak promote sukan ni kek penduduk bumi Malaysia yang rato-rato eh tak tau pasal kewujudan sukan ni kek Malaysia bumi bertuah yang kayo dengan kepelbagaian bio.

Haa ni sesudah hujan potang sabtu tu. Tak pornah-pornah dapek awan lalu macam ni bilo nak fly. Rezeki tandem ni. Cantik kan , view dari Kuala Kubu Paragliding Site ni. Eh..den bolom bagitau yo apo itu tandem..?

Haa ni la tandem paragliding. Yang belakang tu tandem master, dopan tu passenger. Inilah event yang kami buek. Kenapo kito kono meraso tandem ni?sobab ini lah peluang nak tengok view yang indah-indah dari udaro di samping selfie kan.















Antara gambar yang sompek den snap maso kejadian. Ni time nak landing dah. Den tak banyak urusan kek take off (lokasi berlepas).

Paragliding ni adolah satu kebahagiaan. InshaAllah kami akan buek lagi event ni dalam bulan Oktober akan datang. Tarikh belum diputuskan laie. Bayaran RM250 meliputi :

- Tandem
- Perkhemahan 2 hari 1 malam (khemah tidak disediakan, mohon bawa sendiri)
- BBQ
- Makan minum
- Hiking
- Tshirt (cantik wooo)
- Teori paragliding (sekiranya berkesempatan)
- Sijil

Soalan biaso : berapo lamo fly kat atas ?
Jawapan standard : paling sekojap pun 10 minit. Bergantung keadaan angin dan cuaco yo tak. Kito ni manusio merancang. Allah yang tontukan semuo eh..

Kalau ado sapo-sapo berminat, boleh la contact  019-3311107 (Hanim) untuk maklumat lanjut. Kami bernaung di bawah  'Inspiration Aviation Club'. kalau ado yang berminat nak belajar fly solo pun boleh. Samo-samolah memajukan sukan luncur udara di bumi Malaysia ini....




No comments:

Post a Comment