Thursday, June 25, 2015

#36 Hahai...!!!

Lama dah tak merepek kat blog. Takdalah busy mana pun. Sebab takda apa nak cerita dah. Haha. FB pun lama dah tak update apa-apa. Instagram je la laju sikit. Tu pun dah slow time bulan puasa ni. twitter..? Tengok mood jugak la tu.  Kadang-kadang ada je benda nak update kat twitter tapi lepas dh taip tu , fikir balik...ahhh xpayahla up menda ni.

Kadang-kadang kita tak maksudkan apa-apa pun tapi orang lain terasa hati. Bila kita betul-betul maksudkan (sila baca : nak tuju kat kau haha), takda pulak orang terasa haha...lantak kau sana.

Mungkin faktor umur kot sebabkan kita dah malas nak cari pasal dengan orang. Tapi kadang-kadang tu terpaksa jugak la cari pasal sebab nak pertahankan maruah diri kan. Sesetengah tu rasa kalau dia tak suka kita, dia akan mampu 'bunuh' kita melalui perkataan, Sesetengah tu pulak ada yang 'tikam' kita gunakan kebaikan. Terpulanglah mau jadi apa. Mau jadi tepung pelita mau jadi badak berendam..Ammaaaa..

Well lately aku dah mula serius dengan paragliding ni. Haha woiii masa kau wakil Malaysia aritu tak serius lagi?? Haha...masa tu kebetulan je dapat wakil, bukan la hebat mana pun. maksud aku memang jauh sangat pencapaian aku kalau betul-betul nak jadi seorang atlit sarung baju corak ghimau tu. So sekarang aku kenangkan jasa Capt. Nasa banyak dah bersusah payah demi kami so apa salahnya aku slow-slow aktif secara serius dalam benda ni. Lagipun umur dah macam ni, badan pun kering macamni mana mampu dah nak buat sukan lain. Skills dalam aerobic segala tu pun dah malap dah. Dah kurang ideanya. Plus rasa diri dah cukup berumur jadi segan nak joget-joget dah.

Niat dalam paragliding ni takda la sampai nak jadi tandem master. Setakat cari passenger untuk bagi kawan-kawan tu mampulah. Nyawa orang tu. Bukan sebab tak yakin, tapi lebih kepada risaukan aspek keselamatan. Si kering kubing macam aku ni manala larat nak seret passenger tu. Ni pun nasib baik dah tukar payung lain yang lebih comel dan sesaiz tubuh badan. Terbawak la jugak. Takda la nanti aku dikecam hebat sebab payung lama aku tu kelajuannya 2km/8 hari haha..teruk gila kutuk payung sendiri !! Tapi firebird  tu banyak jasa jugak. Lepas dah budah tu ke Phuket. Sekarang jadi bahan kiting je la ajar student yang nak belajar fly solo.

Takda apa dah nak bagitau. Habis dah.

No comments:

Post a Comment