Wednesday, August 19, 2015

#37 AlFatihah

Innalillahiwainnailaihiroijun..
dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali.
09/08/2015, berita yang agak menggemparkan dunia paragliding sedunia..sekelip mata sahabat karib 'pergi' macamtu je.
Terkejut lagi dengan tragedi.
Mungkin mampu terima kalau 'pergi'nya disebabkan kemalangan biasa atau sakit.
Tapi, maut menjemputnya sewaktu arwah jalankan aktiviti kesukaan kami.
Teringat arwah pernah whatsapp tanya pasal insurans yang boleh cover sukan lasak.
Teringat arwah pernah cakap nak fly kat Kuala Kubu Bharu sama-sama.
Teringat arwah selalu bergurau bagitau datang KKB dengan 'kakak' sedangkan itu isterinya.
Teringat arwah selalu komen di instagram merendah diri dan memuji kehebatan kita padahal kita tak hebat mana pun.
Teringat arwah yang sangat excited dengan paragliding dan takkan lepaskan peluang kalau ada event paragliding di mana-mana.

10/8 Alhamdulillah berkelapangan untuk ziarah jenazah dan penghormatan terakhir. Dari saat awal dikebumikan sehinggalah kami tinggalkan tanah perkuburan, cuaca seakan-akan turut berdukacita dengan pemergian insan baik ini.

AlFatihah Mohd Hazlan Ismail.

Terima kasih pernah jadi sahabat yang baik. InshaAllah kami akan jaga Solehah dan Zahin semampu kami.

Tenanglah di sana.

No comments:

Post a Comment