Sunday, August 24, 2014

#29 Peluang

Dua hari dah tak membebel kan. Ke lama dah? Haha... Khamis jumaat busy kat Pusat Latihan Kg Gajah, Perak. Seminar dr pg sampai malam. Sabtu dah ke Shah Alam.. Ada kursus sampai la isnin.

Sengaja buat sibuk. Kurangkan online fb, kurangkan online twitter, kurangkan scroll instagram..sebab sesungguhnya aku sedar tahap ketahanan aku macamana. Aku takkan tahan sebak menyaksikan berita-berita ke'pulang'an mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MH17. Sesungguhnya aku sebak bila tengok waris mangsa. Aku tak boleh tahan air mata. Dengar orang baca AFatihah pun aku dah meleleh-leleh. Aku yg tak ada apa kaitan dengan mangsa pun boleh sebak macamni, macamana pulak dengan waris kan... :(

Dari peristiwa ni, aku terfikir betapa sepatutnya kita menghargai apa yang ada di sekeliling sebelum kita kehilangannya. Kadang kita membiarkan sahaja peluang-peluang yang patut kita rebut berlalu begitu sahaja. Betapa bodohnya kita kerana berasa ego dan berharap orang lain akan patuh ikut dengar dan buat apa sahaja yang kita mahu. Dan bila kita kehilangannya, baru lah kita menyesal..


No comments:

Post a Comment