Wednesday, August 28, 2013

#7 Tabur!

Ni cerita lama tapi sampai sekarang kami tak boleh lupa kronologi kejadian ni..
Ehem..ehem..malam tu ada DEP (Dewan Eksekutif Pelajar) di LT 200 UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Mesyuarat kot malam tu..meeting pasal nak bincang aktiviti dan lain-laian perkara berbangkit..

Kami (Equine) putuskan untuk tak buat apa-apa aktiviti sem ni disebakan ehem..ehem..dan juga ehem ehem.. (malas nak cerita) .. tapi malam masa DEP tu nampak macam kami dok discuss beriya pasal aktiviti padahal..

"korang nak ikut ke taknak ni???"
"sapa lagi, cik?"
"tak kisah sapa, janji korang 4 orang je..kereta aku kecik"
"cik nak sapa pegi lagi?"
"asalkan faris ikut ehek"

so malam tu kami tergelak-gelak sebab dialog selepas tu macam sedikit 18PG haha..weyyy bukan cerita LUCU ye..ni kisah adik beradik.. sampai Puan Dalila masa tu tertoleh-toleh la pandang kami dok bincang macam la ada program sangat haha..muka Puan pun pelik kemain je masa tu..
'apa laa budak komander ni sembang..' mungkin tu la ayat dalam hati kecik dia haha..

Esoknya tu aku kena jadi fasi untuk Kemahiran Insaniah Modul 1 dulu. Kami plan nak gerak ke KL dalam jam 10 malam. Overnight la kat kaki bukit cadangnya..but then aku rasa tak sedap hati. Sebab masa bincang kat LT200 tu , ramai lagi komander lain ada..so aku putuskan nak sewa lagi satu kereta untuk boys dan yg girls naik kereta aku.

Nak ringkaskan kereta maka program yang kami rancang tetiba tu menjadi..komander kan..last minute pun boleh gerak. So kami pun gerak jam lebih kurang 11 malam ke KL..sampai sana lepak kedai mamak..then terus gerak ke Bukit Tabur untuk tidur kat sana sebelum mula hiking subuh nanti. Masa duk kat kaki bukit tu pun ada tragedi jugak sebenarnya..Lepak lagi depan rumah orang yang bela anjing..then boleh pulak budak-budak ni bentang ponco konon nak berbumbungkan langit. Haaa...sekali ambik kau..sikit lagi nak kena kokak kat anjing..

Haa perasan tak kami pakai baju sama..aku pun tak faham lah kenapa aku dan bebudak lain boleh TO'AT (taat) dengan kehendak izzati tu..aku pun pasrah je sarung jersi yang kemain terang tu. Tu ha izzati yang dok paling depan dok buat tanda peace tu..ntah apa yang peace nya pun tak tau laa..







cantik la view dia..selalu dengar orang promote Broga kan..tapi aku rasa Bukit Tabur lagi best..memang la bukit je..tapi kat Tabur banyak aktiviti yeyeayy.. sapa biasa main wall climbing mesti suka datng sini..tengok la batu-batu dia tu..kena yakin dan berani je..sapa tak yakin dan banyak cakap, tak payah pergi la kut.. satu lagi, tempat ni tak bahaya sebenarnya even pernah dengar ada kematian berlaku di lokasi ..

Pasal kes mati tu, takda sapa pun antara mereka yang ikut ni dah tau..pernah tau tapi tak ambik tau kot...bagi aku, mati ke , jatuh ke, takda kena mengena dengan tempat ni...kita ni sebagai pengembara yang kena alert dengan persekitaran.. ke tak setuju..?




haa ni yang best bila dengan Equine...tak risau la kalau lapar...mi kari letup la..maggie kari berapi laa..tomyam ke..maggie asam laksa ke..semua bubuh satu bekas je..alaaa dalam perut kan bersatu jugak..tu haa bekas licin..pelik kan..biasa orang hiking ni cepat dahaga..tapi kami si gorgon ni cepat lapar....

Rindu nak naik Tabur lagi...sekarang ni dah jauh..tapi aku dah bajet dalam 2 jam sampai la KL dari perak..buat benda yang kita suka..apa ada masalah..

Yang lain-lain kalau nak join , join je..jangan mula-mula je bising nak ikut, but then ada je halnya ...

Aku yakin tempat ni paling best pernah aku naik..aku sangat yakin...


No comments:

Post a Comment