Satu hari di hari Sabtu.
Sebenarnya aku balik Kuala Pilah sebab nak jumpa seseorang. Tapi apakan daya, muka tak comel jadinya orang tu tak sudi nak jumpa aku. So padan muka kan..
Habis kerja petang Jumaat tu, aku laju-laju drive balik menuju ke lebuhraya utara-selatan. Tak plan pun nak fly ni. Tapi memandangkan permohonan aku untuk bertemu orang tu direject secara pukal dan kejam , maka aku pun menggaru tudung yang tidak gatal dan fikir apa aku nak buat setelah mengorbankan duit minyak dan tol yang sama harga dengan sepasang kasut primavera tu.. (eksyen kau ye taknak jumpa aku...)
Mungkin ada hikmahnya lagi, nampak status kawan kat fb ajak gi fly kat Bukit Dangdut (Sendayan)..hah..laju-laju call kawan tu dan..."Okay, saya tunggu sana lepas Zohor"..
Nak ikutkan memanglah penat + sakit belakang + lutut menggigil dek pemanduan kereta manual selama 6 jam. Tapi daripada membazir takda buat apa..better aku menenangkan perasaan kecewa tu dengan buat benda yang tak tentu arah ni..jatuh?? heh..kalau jatuh bangun la balik,,,
Aku punya impian nak promosikan paragliding ni ke seluruh sistem UiTM. Aku tak nafikan ramai yang tak yakin..dan aku taknak paksa kalau orang tak berani..tapi setakat ni aku bangga sebab Komander UiTMNS dah ada yang rasa tandem (kat sini jugak)..harap adalah yang berani ambik lesen paragliding suatu hari nanti.....
Eden dah tuo....
No comments:
Post a Comment