Wednesday, August 28, 2013

#5 Dayung !


Tanggal tiga puluh satu bulan lapan dua ribu tiga belas..aku dah musykil ni mana arah tujuan aku sebenarnya.
Banyak pulak agenda menarik.. nak iring kontijen UiTM (Perak) ke perarakan hari kebangsaan pagi tu..malam pulak ada jemputan doa selamat..
Tetiba petang semalam en hafis bagitau ada pertandingan kayak (double) kat sini..yuran RM5 je kot..
GILA KAU TAKNAK MASUK!!!!!!
Ini la satu-satunya peluang aku nak jadi aktif balik selepas dua bulan memboyot makan baring tidur makan lagi boyot balik merayau-rayai dan akhirnya aku jadi pasif .

Alaaa..masalahnya kena cari partner ni yang lemah sikit..kalau dapat import si paan ke..deha ke..alva ke..skien ke..daya jugak nak masuk...kat sini belum ada kimia lagi laa..

Selama ni dok latih orang je..cuba sekali masuk ..haa mau bersin berdarah hidung kau...so macamana ni..nak masuk ke taknak ... (huuuuu)..

Balik Pilah aritu sempat borak dengan deha..deha remind pasal 6-8 september ni..aduh..aku lupa tarikh tu Kembara II punya outing..(nangis lagi).. takpalah deha..tanpa saya, Kuala Pilah tetap maju sempurna...

So cerita dia..aku belum mampu nak putuskan mana arah tuju aku weekend ni..sebab terlalu banyak agenda menanti..balik Kuala Pilah?? urmm.... mungkin tu pilihan terakhir aku..tak rasa aku ada jiwa lagi kat sana..semua dan musnah sekelip mata..lagipun kesihatan lutut makin merisaukan ni weyyyy...nak drive manual 6 jam....heh.

Aku tak rasa lepas ni boleh join lagi benda-benda extreme bunuh diri ni lagi..(ayat ni tahun-tahun lepas pun pernah guna).. lutut ni..haishhh....

kadang-kadang terfikir jugak...sampai umur berapa aku nak join benda-benda macam ni...uban pun dah berkeliaran ni...

No comments:

Post a Comment